Khamis, 21 April 2011

Cinta ILAHI....

Ia tua, bahkan buruk laku dan rupa. Sementara sang istri tak hanya cantik jelita. Segala yang tampak sungguh memesona. Tutur kata mesra, perhatian, penuh kasih sayang serta cinta. Tak heran, semua itu jelas mengundang beribu tanda tanya.



Sementara, kisah lain tak urung pula membuat rasa heran mencuat. Ketika laki-laki kaya dan tampan tersebut ternyata mantap menjalani sebuah tekad. Padahal, baru saja keraguan itu sesaat menyergap hatinya saat melihat seorang perempuan yang sungguh tak sepadan. Namun, segera dibuatnya sebuah keputusan besar. Sepenggal hati kini telah bertemu dengan pasangan yang dijanjikan.



Kedua biduk pun dikayuh dalam mahligai cinta. Bahagia, mengarungi samudera kehidupan. Berbilang usia pernikahan membuat mereka semakin tampak mesra.

Bertambah guratan keriput juga tak mengurangi rasa sayang diantaranya. Bahkan setiap keluarga itu utuh sepanjang hidup mereka.



Subhanalloh….!!!



Keajaiban cinta ILLAHI kembali menakjubkan manusia. Jika nalar yang digunakan untuk menilainya, maka itu tiada guna. Karena cinta pasti menyatukan hati yang berserakan. Apa pun jua rupa dan laku pemiliknya.



Memang, seperti begitulah adanya cinta. Pribadi-pribadi yang mengagumkan ternyata lahir dari cinta.

Mungkin cinta mereka tak setara di pandangan manusia. Tetapi, pelaku cinta ILLAHI pasti mengharapkan ganjaran yang teramat sangat berharga dari Alloh swt.



Bukankah surga Alloh swt adalah sebuah janji atas ketaatan seorang istri kepada suaminya? Itulah yang diharapkan perempuan cantik tersebut ketika berkhidmat kepada sang suami yang buruk laku dan rupa. Seperti yang dirasakan laki-laki kaya dan tampan. Jiwanya senantiasa nyaman karena aliran kebaikan yang dilakukan oleh pasangannya. Mengalir, deras, berlimpah, menuju sebuah muara, cinta.



Begitulah, kisah cinta mereka ternyata berbuah bahagia. Segala kekurangan yang ada ternyata menumbuhkan kebesaran jiwa. Keikhlasan itu membuat hati lapang menerima sebagaimana apa adanya. Jikalau pun ada air mata yang mengalir, itu adalah tanda kearifan. Tawa yang berderai tentu pula karena sesaknya dada dengan suka cita. Segala kebaikan terangkum dalam laku dan kata. Tak heran seluruhnya menghembuskan aura cinta ILLAHI. Benar, bila ada cinta ILLAHI, bahagia sejati untuk selamanya.

Rabu, 6 April 2011

RENUNGAN BERSAMA...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.







"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)



Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.



Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.



Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."



Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."





Air mata yang tiada di tuntut:





· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.







Dari itu...?



Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.



Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Selamat Tinggal Kehilangan & Selamat Datang Pertemuan

pernah dulu aku merintih di atas sebuah kehilangan... rintihan yang teruk dalamnya..kecederaan hati yang amat parah..rintihan yang sangat memeritkan jiwa...~~



~~kehilangan lalu membuatkan aku tidak berfikir sewajarnya sebagai seorang manusia..aku merintih menghabiskan masa-masa remaja ku dengan kesedihan terlampau...senyumanku hanyalah plastik semata-mata.aku merugikan air mata dengan tangisan yang entah ku tujukan pada siapa..aku membasahkan otakku dengan kenangan yang lara.~~~



~~Namun akhirnya aku tersedar dalam mimpi yang menghantui..dengan Hidayah Ilahi,kata2 dari ibu, sokongan seorang sahabat dan sahabat2 lain.aku berjaya terkeluar dari kesedihan melampau aku. Yang bertahun ku simpan bertahun ku kesalkan. ~~



~~jika dahulu aku menangis tersedu2 akibat sebuah kehilangan, sekarang ku gembira di sebalik sebuah senyuman. Dan hari ini aku berterima kasih kepada 'dia' kerana tindakannya yang lau menyebabkan aku menjadi manusia yang kental melalui hidup2 dan hari2ku. dan terima kasih yang teramat apabila PERGINYA DIA MEMBERI PELUANG KEPADA YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGHAMPIRI.~~



~~hari ini juga aku mengucap syukur kerana didatangani YANG TERISTIMEWA dan tidak terucap dengan kata2.maka terubatlah langsung SEBUAH KEHILANGAN.



~~terrkenang kata2 ibuku...SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA.sememngnya kehilangan adalah suatu yang amat pedih..tapi ngat suatu kehilangan akan digantikan dengan kemunculan yang pasti lebih baik dari kehilangan terdahulu...dan hari ini bila teringat kata2 itu aku pasti ada benarnya...kerana diriku yang mengalami dan merasai.... <3 ~~

TUHAN AKAN MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN DAN BUKAN APA YANG KITA MAHUKAN.



~~APABILA BAHAGIA PANDANGLAH KE HADAPAN, USAH DIUNGKIT SEBUAH SEJARAH KEHILANGAN,, SELAMAT TINGGAL KEHILANGAN SELAMAT DATANG PERTEMUAN...~~

Berapa Kali Malaikat Maut ZIARAH kita...

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit





Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.



Maka berkata Izrail:



' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'





Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.



1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit !





BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

wassalam

Ahad, 3 April 2011

KESABARAN DAN KETABAHAN

Adakalanya kita perlu MENANGIS

agar kita tahu

hidup ini bukan

sekadar KETAWA

Adakalanya kita perlu KETAWA agar

kita tahu MAHALNYA nilai airmata

Syukurlah kiranya ada yg menyakitimu,

kerana dia mengajarmu erti TABAH

syukurlah kiranya ada yg

tidak pedulikanmu kerana dia

mengajarmu BERDIKARI

syukurlah jika ada yg menjatuhkanmu

kerana dia menghebatkanmu

untuk terus BANGUN LAGI

syukurlah kiranya ada

yg menyiksamu kerana dia

mengajarmu KESABARAN & KETABAHAN