terima kasih, kekasih
untuk setiap waktu yang pernah ada
kerana tak pernah biar saya terleka
terima kasih, kekasih
kerana menjadi kekasih saya
di saat saya menelan pahitnya realiti dunia
terima kasih, kekasih
kerana menjadi tulang belakang saya
di saat rusuk saya terpisah lima
terima kasih, kekasih
kerana menarik saya dari rompong kelabu
dan membantu saya mencorak kanvas biru
terima kasih, kekasih
kerana setiap yang satunya
menjadi peneman nyawa
terima kasih, kekasih
tidak dapat saya memberi lebih
hanya dakapan terima kasih
terima kasih, kekasih
kerana menunjuk aksara
sambil memaut bahu mesra
terima kasih, kekasih
kerana menyapu air mata
saat gembira mula menerpa
terima kasih buat segalanya
setiap satunya ada dalam nyawa
membentuk saya buat merubah dunia
terima kasih
mari kita buat tangga kayu
biar saya petik bintang satu
buat hadiah hari guru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan